AKTIVITI KELAB KOMPUTER






BUDAYA ICT

Kelab Komputer dalam perancangan akan mengadakan banyak pertandingan pada tahun 2012. Tujuannya ialah untuk menggalakkan lebih ramai pelajar menggunakan ICT disamping menambahkan ilmu baru pada masa akan datang. Antara pertandingan yang dicadangkan ialah:
1. Pertandingan Blog Kreatif
2. Pertandingan Multimedia Interaktif
3. Pertandingan Video Bestari
4. Kuiz ICT online
Sekiranya anda mempunyai cadangan yang lain boleh kemukakan melalui emel: sengyz@gmail.com
Sekian, terima kasih.



Pertandingan ini diadakan untuk pelajar ICT .

 Objektif pertandingan ini ialah untuk menanam minat dan mencungkil bakat di kalangan pelajar terutamanya dalam bidang persembahan multimedia. Proses menghasilkan satu persembahan multimedia memakan masa yang lama disamping daya kretiviti yang menarik.



PERATURAN DI MAKMAL KOMPUTER


1.MASUK HANYA DENGAN PENGAWASAN GURU, DILARANG MASUK TANPA KEBENARAN
2.PELAJAR DIKEHENDAKI BERATUR DAN BERJALAN DI DALAM BARISAN SEWAKTU PERGI DAN PULANG DARI MAKMAL
3.TINGGALKAN BEG DILUAR MAKMAL, DAN TANGGALKAN KASUT SEBELUM MASUK
4.DILARANG MEMBAWA MAKANAN DAN MINUMAN KEDALAM MAKMAL
5.MENULIS DIDALAM BUKU REKOD PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER DENGAN CERMAT DAN TERTIB
6.PELAJAR DITEGAH MENGGANGGU SAMBUNGAN PENDAWAIAN PADA KOMPUTER
7.DILARANG MEMBAWA MASUK SEBARANG PERISIAN LUAR KEDALAM MAKMAL
8.DILARANG MENGELUARKAN MANA-MANA PEKAKASAN ATAU PERISIAN DARI MAKMAL
9.JIKA TERDENGAR SEBARANG BUNYI GANJIL TERHIDU BAU BENDA TERBAKAR, BAHAGIAN KOMPUTER YANG TERLALU PANAS ATAU SEBARANG KEADAAN KOMPUTER YANG DISYAKI TIDAK NORMAL, SEGERA LAPORKAN KEPADA GURU DALAM MAKMAL
10.LAPOR DENGAN KADAR SEGERA SEBARANG KEROSAKAN PEKAKASAN ATAU PERISIAN KEPADA GURU PENYELARAS
11.PASTIKAN ANDA KELUAR DARI PROGRAM ATAU (OFF) KOMPUTER MENGIKUT PERATURAN, TIDAK DIBENARKAN MEMBUKA ATAU MENUTUP KOMPUTER TANPA KEBENARAN GURU
12.JAGA KEBERSIHAN SEPANJANG MASA, SILA KEMASKAN MAKMAL SEBELUM BEREDAR KELUAR.